Berapa yuran atau kos yang dikenakan untuk mendapatkan akses sebagai pentadbir dalam sistem ini?
Pakej langganan pentadbir dibahagikan kepada 4 peringkat mengikut jumlah ahli. Untuk maklumat penuh pakej, rujuk bahagian “Pakej Langganan Anda” di laman masjidkita.com.my

Apakah ciri-ciri utama sistem khairatKITA?
Ciri-ciri utama khairatKITA adalah paparan dashboard dengan maklumat komprehensif, pendaftaran ahli secara online dan offline, pembayaran secara online dan offline, pengurusan rekod ahli dan kutipan bayaran dalam masa nyata, rekod bayaran dan perbelanjaan terperinci, dan laporan kewangan yang boleh dicetak dengan hanya satu klik.

Apakah langkah-langkah yang perlu saya ikuti jika saya ingin membuat tuntutan tabung khairat kematian?
Sebagai pentadbir tabung khairat, anda boleh mengeluarkan dana melalui akaun bank mengikut prosedur biasa dan kemaskini maklumat perbelanjaan di dalam sistem khairatKITA untuk memastikan ketepatan rekod akaun. Sebagai ahli, sebarang perbelanjaan berkenaan pengurusan jenazah akan diuruskan oleh pentadbir badan khairat apabila status jenazah disahkan sebagai ahli atau tanggungan berdaftar